Monday, 20 June 2016

 KEHADIRAN...


Kau hadir bagaikan cahaya purnama,
kau hadir tepat pada Bulan penuh dilangit sana,

ketahuilah,
sesungguhnya Kau telah memberiku satu keyakinan yang luar biasa,
kau berikan aku senyuman keyakinan, supaya aku boleh meneruskan perjalananku untuk melalui lorong-lorong yang gelap itu dengan  suluhan cahayamu..

akan Tetapi, aku mula bertanya pada hati kecilku,
mengapa cahaya kau semakin lama semakin pudar sehingga sukar untuk aku melihat cahaya kau dicelah lorong-lorong itu..

wahai sang purnama yang indah, janganlah dikau pergi meninggalkan aku, disaat aku masih memerlukan cahaya darimu..

kau suluhkan cahaya mu itu sehingga aku rebah ketanah , sehingga aku sudah tidak mampu untuk berjalan melalui lorong gelap itu lagi.. 

ketika aku jatuh,kau suluhlah aku dengan cahaya mu agar aku tahu kau masih bersamaku untuk kali terakhir..