lagu

Thursday 12 February 2015

KASIHMU SAMPAI KE SYURGA...


mama,
permergianmu secara tiba-tiba
mengejutkan kami semua
kami tidak pernah menyangka
akan kehilanganmu salam sekelip
mata..


mama,
ketika usiamu kau sihat
kau ceria dan cergas
rutin hidupmu tidak pernah sunyi
ada saja aktiviti yang kau lakukan..


mama,
sikapmu yang peramah dan suka
membantu
membuatkan ramai selesa
berdamping denganmu
kau terima tetamu dengan penuh kegembiraan
kau raikan tetamu dengan makanan yang lazat..

mama,
kau bukan sahaja seorang mama bagiku
kau sahabat yang setia ,menemaniku
disaat aku bahagia dan berduka
kau sentiasa setia di sisiku..

mama,
kini kau sudah tiada
setiap kali terkenangkan dirimu
air mataku pasti menitis
semoga dirimu bahagia di sana ibu...



I LOVE YOU SO MUCH MAMA...

No comments:

Post a Comment