lagu

Tuesday 22 October 2013




LIFE..LIFE..LIFE..




Orang berkata "hidup doktor/paramedic nie tiada kehidupan (life)", tapi inilah kehidupan kami sebagai seorang doktor/paramedic... kehidupan yang tiada life dan perlu dihidupkan dengan membuat perkara baik.

Ada masa kita tidak ditolong setelah kita menolong, ada kala kita tidak dipandang dengan pandangan ihsan setelah kita membantu dengan belas, ada waktunya kita tidak dipeduli setelah kita membantu dengan penuh peduli..

Itukan tugas doktor, itukan tugas paramedic, itukan tugas nurse, itukan tugas physiotherapy, itu semua tugas mereka..

Bagi senasib dengan doktor, seperti pegawai tentera, polis, bomba, physiotherapy, jururawat dan pembantu pegawai perubatan... inilah hidup kita.

Hidup yang tiada kehidupan selain kehidupan yang kita hidupkan...

Jangan berputus asa. ALLAH amat murka pada hambaNYA yang berputus asa.. kita juga berkerja kerana Allah swt.. setiap perkerjaan yang baik kita lakukan kita akan mendapat ganjaran dariNYA..


kalau takut dengan (life) bila nak jadi doktor,sapa suruh hampa terjun ke bidang nie ?? bak kata pepatah melayu ''
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai".. jangan ingat semua benda tu senang atau semudah yang orang fikirkan kerana "Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang".. ingat tuhhh.. 





AKU SUKA DENGAN APA YANG AKU BUAT SEKARANG,KERANA NIE ADALAH CITA2 KU DAN IMPIAN KU SEMASA AKU MASIH KECIL LAGI..hehehehehe



I'M PHYSIOTHERAPY

No comments:

Post a Comment